Thursday, December 27, 2018

PROGRAM BERSAMA EN. AZIZ


Pada bulan lepas, saya mengikuti program yang dikendalikan oleh En. Aziz. Saya menjadi fasilitator ketika program itu. Saya sangat seronok kerana dapat melihat En. Aziz di mana sebagai role model saya untuk mngendalikan program. Saya dapat melihat En. Aziz membuat modul teknik belajar bersama murid-murid sekolah rendah itu. En. Aziz menggunakan 5 domain untuk murid-murid itu. Walaupun perkara yang diberikan contoh itu perlu dipelajari semasa tingkatan 5, tetapi dengan menggunakan 5 domain yang diajar oleh En. Aziz murid-murid itu dapat menghafal. Saya sangat seronok melihat teletah murid-murid ini kerana mampu menghafal walaupun perkara sedemikian bukannya pada tahap mereka. Oleh itu, saya percaya setiap perkara perlukan teknik bagi memudahkan mengurus sesuatu perkara.


Muka happy dapat join program


Murid-murid fokus dalam menghafal 


Dapat biskut daripada salah seorang pelajar itu



INOVASI MULTICULTURAL COUNSELING



HELLO CARD 

Saya dan 5 orang ahli kumpulan yang lain membuat inovasi tentang bagaimana untuk membuat repo dalam sesi kaunseling bersama pelajar. Kami juga mendapat anugerah inovasi terbaik antara kumpulan yang lain. Ia menjadi reward bagi kami kerana sudah bertungkus lumus dalam membuat inovasi ini.


Oleh itu, saya ingin menceritakan sedikit tentang inovasi yang kami membuat. Tajuk inovasi kami ialah Hello Card. Hello Card sama sahaja seperti UNO Card. Permainannya juga sama cuma kami menyediakan papan untuk kemudahan pemain meletakkan kad mereka. Serta kami menambahkan sedikit soalan ke dalam Hello Card ini bagi membuat repo oleh kaunselor kepada kliennya. Kami menggunakan kaedah Model RESPECTFUL iaitu:

  • R - Religion
  • E - Economic
  • S -Sexual identity
  • P - Psychological maturity
  • E - Ethnic
  • C - Chronological challenges
  • T - Trauma
  • F - Family background
  • U - Unique
  • L - Languages

Namun, Hello Card ini hanya sesuai dimain oleh kaunseling kelompok sahaja dan tidak sesuai untuk individu. Inidvidu akan meletakan kad bewarna merah atau hijau atau kuning atau merah. Oleh itu, pemain seterusnya perlu mengambil kad soalan mengikut kad warna yang diletakkan oleh kawan mereka. Pemain perlu menjawab dahulu soalan barulah meletakkan kadnya.


KELEBIHAN HELLO CARD 

Kelebihan kad ini adalah:

  1. memudahkan kaunselor untuk meneroka latar belakang klien sebelum membuat sesi.
  2. menarik minat klien untuk membuat sesi kaunseling kelompok.
  3. memudahkan klien untuk bercerita tentang latar belakangnya





Bersama ahli kumpulan inovasi yang lain


Bersama pensyarah Multicultural Counseling


Test main Hello Card dulu

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR

PROGRAM SEKOLAH

Pada 5 Oktober yang lalu, saya dan ahli kumpulan telah pergi ke Sekolah Menengah Yaacob Latif bagi melaksanakan tugasan yang diberikan pensyarah. Namun, setelah sampai ke sana saya berasa sangat teruja kerana perkara ini merupakan kali pertama saya membuat program di sekolah bersama kawan-kawan.

Program ini untuk pelajar-pelajar yang dikatakan mempunyai masalah pengurusan di sekolah. Namun, ketika menjalankan program, saya dapat lihat kerjasama antara pelajar-pelajar ini. Di samping itu, pelajar-pelajar ini sangat seronok dan keinginan hasrat untuk menjadi pelajar yang lebih cemerlang.

Bagi saya, pelajar-pelajar tidak boleh dididik dengan kekerasan kerana mereka akan lebih memberontak.Oleh itu, para bakal guru boleh menggunakan pendekatan sebegini di mana pelajar sering tertarik dengan guru-guru yang mudah untuk mereka komunikasi serta luahkan. Jika mereka sayang akan guru-guru maka mereka tidak akan mengecewakan guru-guru mereka. Oleh itu, kekerasan tidak mampu mengubah mereka untuk menjadi lebih baik namun sebaliknya.

Seterusnya, bakal guru mungkin menggunakan kaedah reward bagi menarik pelajar-pelajar ini. Dengan ini, pelajar-pelajar akan cuba sedaya upaya bagi mendapat reward yang mereka inginkan seperti di kem tersebut. Setiap pelajar akan diberikan sticker bagi menarik minat mereka melakukan kebaikan. Mereka berlumba lumba melakukan kebaikan seperti membaca doa sebelum makan, menjadi imam dan pelabagi lagi.

Kesimpulannya, bakal guru harus bijak dalam menangani pelajar-pelajar yang sebegini. Jika bukan kita, siapa lagi yang akan membantu pelajar-pelajar ini.



REFLEKSI DIRI

Pada program yang lalu, saya telah mendapati pelbagai impak yang positif ke atas diri saya. Impak yang pertama yang saya dapat lihat ialah keyakinan diri. Selepas program telah dijalankan, saya lebih yakin untuk mengendalikan program. Hal ini kerana saya risau cara saya berkomunikasi dengan pelajar. Namun, selepas program tersebut saya yakin untuk bercakap depan khalayak yang ramai. Saya juga risau jika percakapan saya tidak sesuai dengan pelajar-pelajar itu kerana intonasi suara saya agak tinggi. Tetapi apabila melihat pelajar-pelajar ketawa dan respon kepada saya, saya dapat mengetahui bahawa mereka fokus terhadap saya. Oleh itu, program sebegini mampu menaikkan keyakinan diri dalam diri saya.

Selepas berprogram selama tiga hari dua malam, saya sudah menegetahui cara-cara untuk mengendalikan pelajar dengan baik. Saya juga menggunakan keahiran kaunseling kelompok yang saya telah pelajari pada semester yang lalu. Walaubagaimana pun, saya tahu bahawa program tiga hari dua malam belum tentu membuatkan saya hebat untuk mengendalikan program. Tapi bagi saya, saya masih dalam peringkat pelajaran dan perkara ini merupakan pogram yang pertama saya mengendalikan program. Namun, saya dapat melihat perubahan dalam diri saya apabila perlu menegendalikan program yang kedua bersama Encik Aziz. Hal ini kerana saya amat yakin dan gemibira jika perlu mengendalikan program-program yang akan datang.

Selain daripada itu, penerimaan tanpa syarat yang saya pelajari apabila mengambil jurusan kaunseling ini sangat berkait rapat ketika menjalani program di sekolah pada tempoh hari. Hal ini kerana, saya perlu menerima kenakalan pelajar tersebut. Program ini adalah untuk pelajar yang bermasalah, jadi selama tiga hari dua malam saya belajar untuk menerima mereka. Apabila saya meneroka, saya mendapati punca pelajar-pelajar ini bermasalah bukanlah hanya suka-suka tetapi kerana latar belakang keluarga juga. Sekolah yang saya pergi berprogram merupakan sekolah di kawasan bandar. Oleh itu, isu kasih sayang banyak timbul kerana ibu bapa banyak menghabiskan masa dengan kerja masing-masing hingga tiada masa untuk pelajar-pelajar ini. Saya cuba untuk memhami dan menerima mereka.

Di samping itu, saya juga dapat melihat kerjasama dalam satu berpasukan. Pada hari pertama berprogram, kami kekurangan fasilitator di mana tiga orang fasilitator sahaja yang sampai. Namun begitu, saya sangat gembira kerana perkara tersebut tidak menjadi stau beban kepada saya kerana apabila bekerjasama semua perkara akan menjadi mudah. Selain itu, kami kekurangan fasilitator sepanjang berprogram lalu meminta dua lagi fasilitator luar yang bukan daripada ahli kumpulan kami. Namun begitu, mereka sangat banyak membantu tanpa mengira bahawa itu bukan program mereka atau apa-apa sahaja. Saya dapat melihat mereka sangat ikhlas untuk membantu dan mempelajari sedikit sebanyak daripada program itu.

Namun begitu, terdapat pelbagai perkara lagi yang saya perlu tingkatkan seperti memahami dulu modul dengan betul sebelum menjalani program. Hal ini kerana terdapat modul yang kami jalankan tidak sama dan hanya mengikut logik. Perkara ini juga meninggalkan beberapa kesan negatif seperti kami agak kelam-kabut ketika modul itu diajalankan. Fasilitator perlu berlari ke kumpulan lain untuk mendapatkan maklumat dari fasilitator yang lain dengan berharap perkara ini dapat diselaraskan. Oleh itu, kami perlu tingkatkan lagi dalam perbincangan modul sebelum program bermula. 


Kami bersama guru-guru kaunseling 


Pengetua memberikan sedikit ucapan kepada pelajar-pelajar


Pelajar-pelajar kelihatan gembira membuat aktiviti


Pelajar-pelajar sedang fokus. huhu


Tak larat fikir ke tuuuuu?


Chaiyokkk!


Muka excited


Bekerjasama dalam membuat cederamata untuk guru
kaunseling sekolah itu





Sunday, November 25, 2018

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

PENGENALAN


Pengurusan Penasihatan Murid secara keseluruhannya berfokus kepada pengurusan penasihatan murid yang merangkumi 3 komponen iaitu:
  • ·         Bimbingan
  • ·         Penasihatan
  • ·         Mentoring


Definisi nasihat secara umumnya:
  • ·         Secara umumnya nasihat merupakan satu panduan  dan pandangan mengenai sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku.
  • ·         Nasihat turut disebut sebagai bimbingan
  • ·         Nasihat atau bimbingan adalah pendekatan yang menggunakan kaedah lisan atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat, merancang tindakan dan memperbaiki sikap serta tingkah laku dalam aspek-aspek tertentu.


Strategi Dan Teknik Yang Boleh Digunakan Dalam Pengurusan Penasihatan Murid







Cara-Cara Penasihatan Yang Digunakan Oleh Guru Di Sekolah.
          Berfokus kepada pelajar yang bermasalah
          Menyelami atau keadaan murid
          Memberi nasihat dalam bentuk rangsangan dan arahan
          Mengikuti perkembangan murid
          Membantu murid membuat keputusan.


Hubungan Guru Dan Murid Interaksi Berbentuk Interpersonal
Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993), kemahiran interpersonal didefinisikan sebagai keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka

Kategori interpersonal :-
  • ·         Keupayaan untuk menerima perasaan dan idea
  • ·         Bertanya soalan
  • ·         Menyampaikan maklumat dan petunjuk
  • ·         Kemahiran komunikasi


 Tindakan Guru Meninggalkan Kesan
  • ·         Harapan masyarakat terhadap guru dalam membantu menangani permasalahan murid
  • ·         Guru juga seharusnya mewujudkan dan menunjukkan nilai-nilai yang positif agar dapat menghasilkan penasihatan yang berkesan


Konsep Pengurusan Penasihatan Murid





Kemahiran-Kemahiran






Impak Sekiranya Sistem Penasihatan Tidak Dijalankan Di Sekolah




RUMUSAN
  • ·         Penasihatan merupakan salah satu daripada beberapa mekanisme untuk membantu individu yang menghadapi masalah.
  • ·         Nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa dan menjelajah masalah yang dihadapi.
  • ·         Bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Nasihat yang diberikan juga berguna untuk mengajar individu tersebut untuk berfikir dan bertindak.
  • ·         Individu yang sangat memerlukan kaedah penasihatan adalah golongan yang mempunyai masalah disiplin yang kritikal. Contohnya murid yang merokok dan ponteng sekolah.



PENGURUSAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN

         mengurus pembelajaran ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawaL daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner, 1984)
         pengurusan merupakan suatu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat ( Robbin, 1984)
         pembelajaran ditakrifkan sebagai sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh sesorang atau akibat latihan yang dijalankan (Hilgard & Atkinsion, 1975)



PERBINCANGAN
          MALAYSIA
          NEGARA MAJU
          NEGARA SEDANG MEMBANGUN

MALAYSIA
  • ·         Masalah Pengurusan Pembelajaran
  • ·         Strategi Pendekatan Dalam Kelas Untuk Pelajar.
  • ·         Apa Itu KSSR Dan KSSM ? Kesan Kepada Pengurusan Pembelajaran
  • ·         Apa Itu RPH Dan RPH dan Kesannya?
  • ·         Alat Bantu Mengajar
  • ·         Sukatan Pembelajaran
  • ·         SKPMG2


ISU
          Sistem Pendidikan Terkini
          Pembelajaran Abad 21
          Strategi Pembelajaran 3 Aspek
          PdPc Berasaskan Teori
          Sistem Atas Talian
          Guru Opsyen Lain

NEGARA MAJU
JEPUN
  • ·         Lesson Study/ Jugyokenkyu  dan faedah.


FINLAND
TAHAP PENDIDIKAN DI FINLAND:
  • ·         Pra Pendidikan (umur bawah 7 tahun)
  • ·         Pendidikan Asas (Gred 1 hingga 9)
  • ·         Pendidikan Menengah (Gred 10 hingga 12)
  • ·         Pendidikan Tinggi


NEGARA MEMBANGUN
  • ·         Sistem pendidikan di negara sedang membangun mempunyai sistem pendidikan yang sama.
  • ·         Mempunyai beberapa tahap seperti pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah vokasional dan pengajian tinggi.
  • ·         Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sistem pendidikan tersebut tidak dapat dijalankan dengan baik.


       Antara faktor:
v  wujudnya jurang ekonomi
v  kekurangan kos pembiayaan pendidikan
v  bimbingan ibu bapa yang tidak mementingkan pendidikan
v  perbezaan jantina

KESIMPULAN
          Pendidikan penting dalam membantu negara menjadi sebuah negara membangun
          Sistem pendidikan yang baik adalah sistem yang mudah diakses dan tidak membebankan pelajar
          Sistem pendidikan Malaysia adalah penting untuk menangani beberapa masalah yang dijangka di masa hadapan dan bertindak sebagai platform pembangunan modal insan dalam memberi sumbangan kepada politik, sosial dan ekonomi negara

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


● Kepimpinan merujuk kepada keupayaan memimpin merangkumi kebolehan, pencapaian, kejayaan pemimpin dan sebagainya.
●Kepimpinan melibatkan bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang
dipimpin.

●Autokratik
●Demokratik
●Laissez-faire
●Kontegensi
●Asertive
●Responsive
●Kontigensi

Autokratik
●Bentuk hubungan sehala antara pemimpin dan yang dipimpin
●Arahan dari atas ke bawah
●Arahan perlu dipatuhi
●Kawalan yan ketat
●Kurang percya pada orang lain

Demokratik
●Lebih liberal
●Menerima pendapat orang lain
●Keputusan dicapai bersama
●Menggalakkan percambahan minda

Laissez-faire
●Memberi kebebasan
●Kurang unsur-unsur kawala
●Kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti
●Berperanan sebagai pemerhati

Kontigensi
●Penyesuaian gaya kepim[inan megikut keperluan
●Tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin
●Mengutamakan penganalisisan tehadap kepentingan dan keperluan mengikut keadaan

Asertif
●Bersungguh-sungguh
●Tegas
●Bersikap terbuka
●Mengeluarkan pendapat supaya dterima oleh orang lain
●Meyakinkan orang dengan kekuatan
 kebolehan diri

Responsif
●Pemimpin yang mendengar dan melihat dahulu sebelum bertindak
●Tidak memulakan sesuatu tetapi memberireaksi ke atas sesuatu
●Terhindar dari konflik
●Dapat diterima ramai

Aggresif
●Percaya kepada diri sendiri/yakin
●Berani
●Mementingkan kuasa
●Inginkan kejayaan
●Berlaku konflik
●Wujud ketegangan


Kepimpinan Peringkat Sekolah

Pengetua
●Merancang dan menyelia pengurusan kurikulum
●Membimbing warga sekolah dalam pencapaian matlamat dan objektif sekolah selaras dengan FPM
●Mengagih dan menyelia tugas warga sekolah
●Menilai prestasi kakitangan akademik dan non akademik
●Mempengurusi jawatakuasa sekolah
●Menyelia persekitaran sekolah
●Merancang takwim
●Mengurus kewangan dan akaun
●Menyediakan anggaran belanjawan

Penolong Kanan Pentadbiran
●Merancang dan enyedia jadual waktu dan jadual ganti guru
●Menyedia dan menyelaras jadual bertugas harian dan mingguan guru
●Menyelaras aktiviti P&P,aktiviti bulanan , peperiksaan, majlis dan upacara, kerja-kerja berkaitan bantuan kebajikan dan derma
●Menyedia dan menganalisis data perangkaan keputusan peperiksaan
●Menyelia dan meyelaras aktiviti guru dan kelab guru

Penolong Kanan HEM
●Mengurus pendaftaran dan penyaluran murid.
●Menyelaras tugas dan aktiviti Lembaga Disiplin Murid dan Badan Pengawas sekolah.
●Menyemak dan mempastikan kesempurnaan rekod pendaftaran murid, jadual kedatangan kad 001 murid.

PK Ko Kurikulum
●Merancang pembangunan ko kurikulum.
●Menyelaras kegiatan sukan dan permainan sekolah.
●Menyelaras semua kegiatan-kegiatan persatuan, kelab-kelab dan persatuan unit berunifom.
●Menyelaras kegiatan kebudayaan Guru Kanan Bidang
●Mempengerusi mesyuarat jawatankuasa mata pelajaran.
●Menyelaras rancanagan pelajaran tahunan.
●Menyediakan soalan peperiksaan dalam
●Memutuskan buku kerja yang hendak digunakan dalam mesyuarat.
●Menyemak buku latihan murid secara rawak.
●Menjadi ahli jawatan kuasa Pusat Sumber sekolah.
●Mencadangkan pembelian bahan pengajaran pembelajaran Kepimpinan Guru

Kepimpinan Guru Masakini
1.Penjana budaya sekolah.
2.Kepimpinan pelbagai kebolehan.
3.Kepimpinan pengajaran.
4.Kepimpinan membuat keputusan.
5.Kepimpinan menguruskan bilik darjah.
6.Kepimpinan pengupayaan
7.Pembentrukan kumpulan kerja dalam bilik


SOSIALISASI






INTERAKSI DALAM PROSES PEMBELAJARAN 
●Menekankan bahawa interaksi sosial membentuk realiti
●Manusia memainkan peranan yang mereka telah pilih dan sesuai mengikut situasi
●Meneliti makna yang dibentuk antara guru dan murid
●Andaian yang digunakan:
○Aktiviti harian
○Kebebasan
○Makna
○Interaksi
○Rundingan
○Pendekatan subjektif

Interaksi Bilik Darjah
●Melihat hubungan murid dengan guru
●Melihat pengetahuan individu tentang:
○kendiri
○persepsi
○peranan kendiri
●Kendiri merupakan subjek dan objek
●Aksi mengambil kira pandangan diri
●Tindakan kerana makna yang ditentukan atas tafsiran aksi orang lain
●Manusia memberi makna
●Makna bergantung pada matlamat
●Interaksi : setiap pihak mempunyai perbezaan intepretasi
●Mengikut persepsi
●Individu mempunyai Peranan
●Peranan berdasarkan rundingan

PERANAN GURU 
●Mentamadunkan murid
●Pemantau
●Fasilitator
●Mendidik murid bagaimana belajar

SUB PERANAN GURU
●Pengamal disiplin
●Sebagai instruktor


 INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN: PERANAN GURU 

  • Komunikasi berkesan 
  • Meyakinkan Berpandangan positif 
  • Praktikal dan munasabah Berpusatkan masyarakat 
  • Bekerja secara kreatif 
  • Progresif 

GURU SEBAGAI ROLE MODEL 
  • Seseorang guru perlu menjadi model yang diteladani.


SOSIOLOGI PENDIDIKAN


  • SOSIOLOGI:
  •  Kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut
  •  Masyarakat: kumpulan manusia saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial
  • Sistematik dan saintifik: penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains
  •  Sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas
  •  Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu  peranan mereka dalam dunia sosial
  •  Imaginasi sosiologi penting dalam mengenal pasti peranan pendidik dalam masyarakat.
  •  Pendidik perlu berupaya melihat kehidupan dirinya dan kehidupan orang lain sebagai berada pada struktur sosial tertentu
  • Pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat
  •  Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi
  •  Oleh yang demikian pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain
  • Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi


PERSPEKTIF TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN

·         Sosiologi: teori lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian
·         3 teori utama:
Fungsionalisme
Konflik
Interaksionisme Simbolik

  •        Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat
  •          Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri [ada tujuan dan keperluan tertentu]
  •         Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat



  •          Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat
  •          Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
  •          Mengkritik kapitalisme
  •          Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya

TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK
  • Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat
  • Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif
  • Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia
  •  Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya
  • Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubun gan bertambah mesra
  • Makna adalah sesuatu yang dirundingkan
  • Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar
  •  Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri
  • Kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukandan akhirnya menentukan tindakan atau aksiyang sesuai 
  • Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat


KONSEP SOSIALISASI

  • ·         Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.
  • ·         Satu proses pembelajaran yang berterusan.
  • ·         Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya
  • ·         Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep .
  • ·         Semakin dewasa manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi

• Teori Sosialisasi memberi perhatian kepada:
a) Perkembangan kognitif
b) Pemerolehan moral
c) Perkembangan kemahiran sosial

JENIS SOSIALISASI

1. Sosialisasi Permulaan: Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang.
 Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa

2. Sosialisasi Sekunder ( sosialisasi penyertaan)
• Satu proses sosialisasi rangsangan di luar lengkungan primer (keluarga)
• Proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton/ dibaca, sekolah, gender,
kelas sosial dan ras.
• Individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya

3. Sosialisasi Semula (resosialisasi)
• Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada
• Boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat,
sekolah, bilik darjah dll
• Faktor yang melengkari sosialisasi
a) Keluarga
b) Agama
c) Pendidikan
d) Ekonomi
e) Kerajaan/ suasana persekitaran politik