Sunday, November 25, 2018

SOSIOLOGI PENDIDIKAN


  • SOSIOLOGI:
  •  Kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut
  •  Masyarakat: kumpulan manusia saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial
  • Sistematik dan saintifik: penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains
  •  Sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas
  •  Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu  peranan mereka dalam dunia sosial
  •  Imaginasi sosiologi penting dalam mengenal pasti peranan pendidik dalam masyarakat.
  •  Pendidik perlu berupaya melihat kehidupan dirinya dan kehidupan orang lain sebagai berada pada struktur sosial tertentu
  • Pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat
  •  Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi
  •  Oleh yang demikian pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain
  • Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi


PERSPEKTIF TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN

·         Sosiologi: teori lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian
·         3 teori utama:
Fungsionalisme
Konflik
Interaksionisme Simbolik

  •        Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat
  •          Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri [ada tujuan dan keperluan tertentu]
  •         Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat



  •          Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat
  •          Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
  •          Mengkritik kapitalisme
  •          Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya

TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK
  • Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat
  • Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif
  • Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia
  •  Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya
  • Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubun gan bertambah mesra
  • Makna adalah sesuatu yang dirundingkan
  • Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar
  •  Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri
  • Kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukandan akhirnya menentukan tindakan atau aksiyang sesuai 
  • Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat


KONSEP SOSIALISASI

  • ·         Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.
  • ·         Satu proses pembelajaran yang berterusan.
  • ·         Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya
  • ·         Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep .
  • ·         Semakin dewasa manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi

• Teori Sosialisasi memberi perhatian kepada:
a) Perkembangan kognitif
b) Pemerolehan moral
c) Perkembangan kemahiran sosial

JENIS SOSIALISASI

1. Sosialisasi Permulaan: Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang.
 Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa

2. Sosialisasi Sekunder ( sosialisasi penyertaan)
• Satu proses sosialisasi rangsangan di luar lengkungan primer (keluarga)
• Proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton/ dibaca, sekolah, gender,
kelas sosial dan ras.
• Individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya

3. Sosialisasi Semula (resosialisasi)
• Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada
• Boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat,
sekolah, bilik darjah dll
• Faktor yang melengkari sosialisasi
a) Keluarga
b) Agama
c) Pendidikan
d) Ekonomi
e) Kerajaan/ suasana persekitaran politik


No comments:

Post a Comment