Pada 5 Oktober yang lalu, saya dan ahli kumpulan telah pergi ke Sekolah Menengah Yaacob Latif bagi melaksanakan tugasan yang diberikan pensyarah. Namun, setelah sampai ke sana saya berasa sangat teruja kerana perkara ini merupakan kali pertama saya membuat program di sekolah bersama kawan-kawan.
Program ini untuk pelajar-pelajar yang dikatakan mempunyai masalah pengurusan di sekolah. Namun, ketika menjalankan program, saya dapat lihat kerjasama antara pelajar-pelajar ini. Di samping itu, pelajar-pelajar ini sangat seronok dan keinginan hasrat untuk menjadi pelajar yang lebih cemerlang.
Bagi saya, pelajar-pelajar tidak boleh dididik dengan kekerasan kerana mereka akan lebih memberontak.Oleh itu, para bakal guru boleh menggunakan pendekatan sebegini di mana pelajar sering tertarik dengan guru-guru yang mudah untuk mereka komunikasi serta luahkan. Jika mereka sayang akan guru-guru maka mereka tidak akan mengecewakan guru-guru mereka. Oleh itu, kekerasan tidak mampu mengubah mereka untuk menjadi lebih baik namun sebaliknya.
Seterusnya, bakal guru mungkin menggunakan kaedah reward bagi menarik pelajar-pelajar ini. Dengan ini, pelajar-pelajar akan cuba sedaya upaya bagi mendapat reward yang mereka inginkan seperti di kem tersebut. Setiap pelajar akan diberikan sticker bagi menarik minat mereka melakukan kebaikan. Mereka berlumba lumba melakukan kebaikan seperti membaca doa sebelum makan, menjadi imam dan pelabagi lagi.
Kesimpulannya, bakal guru harus bijak dalam menangani pelajar-pelajar yang sebegini. Jika bukan kita, siapa lagi yang akan membantu pelajar-pelajar ini.
REFLEKSI DIRI
Pada
program yang lalu, saya telah mendapati pelbagai impak yang positif ke atas
diri saya. Impak yang pertama yang saya dapat lihat ialah keyakinan diri.
Selepas program telah dijalankan, saya lebih yakin untuk mengendalikan program.
Hal ini kerana saya risau cara saya berkomunikasi dengan pelajar. Namun,
selepas program tersebut saya yakin untuk bercakap depan khalayak yang ramai.
Saya juga risau jika percakapan saya tidak sesuai dengan pelajar-pelajar itu
kerana intonasi suara saya agak tinggi. Tetapi apabila melihat pelajar-pelajar
ketawa dan respon kepada saya, saya dapat mengetahui bahawa mereka fokus
terhadap saya. Oleh itu, program sebegini mampu menaikkan keyakinan diri dalam
diri saya.
Selepas
berprogram selama tiga hari dua malam, saya sudah menegetahui cara-cara untuk
mengendalikan pelajar dengan baik. Saya juga menggunakan keahiran kaunseling
kelompok yang saya telah pelajari pada semester yang lalu. Walaubagaimana pun,
saya tahu bahawa program tiga hari dua malam belum tentu membuatkan saya hebat
untuk mengendalikan program. Tapi bagi saya, saya masih dalam peringkat
pelajaran dan perkara ini merupakan pogram yang pertama saya mengendalikan
program. Namun, saya dapat melihat perubahan dalam diri saya apabila perlu
menegendalikan program yang kedua bersama Encik Aziz. Hal ini kerana saya amat
yakin dan gemibira jika perlu mengendalikan program-program yang akan datang.
Selain
daripada itu, penerimaan tanpa syarat yang saya pelajari apabila mengambil
jurusan kaunseling ini sangat berkait rapat ketika menjalani program di sekolah
pada tempoh hari. Hal ini kerana, saya perlu menerima kenakalan pelajar
tersebut. Program ini adalah untuk pelajar yang bermasalah, jadi selama tiga
hari dua malam saya belajar untuk menerima mereka. Apabila saya meneroka, saya
mendapati punca pelajar-pelajar ini bermasalah bukanlah hanya suka-suka tetapi
kerana latar belakang keluarga juga. Sekolah yang saya pergi berprogram
merupakan sekolah di kawasan bandar. Oleh itu, isu kasih sayang banyak timbul
kerana ibu bapa banyak menghabiskan masa dengan kerja masing-masing hingga
tiada masa untuk pelajar-pelajar ini. Saya cuba untuk memhami dan menerima
mereka.
Di
samping itu, saya juga dapat melihat kerjasama dalam satu berpasukan. Pada hari
pertama berprogram, kami kekurangan fasilitator di mana tiga orang fasilitator
sahaja yang sampai. Namun begitu, saya sangat gembira kerana perkara tersebut
tidak menjadi stau beban kepada saya kerana apabila bekerjasama semua perkara akan
menjadi mudah. Selain itu, kami kekurangan fasilitator sepanjang berprogram
lalu meminta dua lagi fasilitator luar yang bukan daripada ahli kumpulan kami.
Namun begitu, mereka sangat banyak membantu tanpa mengira bahawa itu bukan
program mereka atau apa-apa sahaja. Saya dapat melihat mereka sangat ikhlas untuk
membantu dan mempelajari sedikit sebanyak daripada program itu.
Namun
begitu, terdapat pelbagai perkara lagi yang saya perlu tingkatkan seperti
memahami dulu modul dengan betul sebelum menjalani program. Hal ini kerana
terdapat modul yang kami jalankan tidak sama dan hanya mengikut logik. Perkara
ini juga meninggalkan beberapa kesan negatif seperti kami agak kelam-kabut
ketika modul itu diajalankan. Fasilitator perlu berlari ke kumpulan lain untuk
mendapatkan maklumat dari fasilitator yang lain dengan berharap perkara ini
dapat diselaraskan. Oleh itu, kami perlu tingkatkan lagi dalam perbincangan
modul sebelum program bermula.
![]() |
| Kami bersama guru-guru kaunseling |
![]() |
| Pengetua memberikan sedikit ucapan kepada pelajar-pelajar |
![]() |
| Pelajar-pelajar kelihatan gembira membuat aktiviti |
![]() |
| Pelajar-pelajar sedang fokus. huhu |
![]() |
| Tak larat fikir ke tuuuuu? |
![]() |
| Chaiyokkk! |
![]() |
| Muka excited |
![]() |
| Bekerjasama dalam membuat cederamata untuk guru kaunseling sekolah itu |








No comments:
Post a Comment